Category: Berita
Hits: 1025

 

 

Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu telah berjaya mengadakan pertandingan kawad kaki antara unit uniform SAHUT pada  16 hingga 18 Ogos 2015 baru - baru ini. Pertandingan tersebut telah diadili oleh hakim yang berwibawa dari pelbagai agensi luar seperti polis, JPAM serta pegawai keselamatan SAHUT sendiri yang pernah berkhidmat sebagai askar.

Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Badan Beruniform, Unit Kokurikulum yang bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam kemahiran berkawad. Semangat kerjasama, kekemasan pakaian dan keseragaman dalam formasi menjadi kayu pengukur untuk menentukan siapa yang menjadi juara.

Pasukan Puteri Islam muncul sebagai juara dengan ketua plantunya turut  terpilih sebagai Ketua Platun Terbaik iaitu  NURUL AIN BT. MAHTAR dari kelas 4 UnisZA. Manakala naib juara jatuh kepada pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPAM) dan tempat ketiga ialah Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Kepada pasukan lain yang tidak mendapat tempat, jangan berputus asa untuk mencuba pada tahun hadapan. Perbanyakan latihan dengan masa yang mencukupi untuk memantapkan lagi persembahan dimasa depan. Ucapan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat untuk melancarkan pertandingan tersebut seperti Pengetua, hakim pertandingan,, PK Kokurikulum, Penyelaras Badan Uniform , guru- guru penasihat.

Untuk melihat gambar sepanjang pertandingan dilangsungkan boleh mengungjungi sub menu galeri --> foto --> folder Pertandingan Kawad Kaki.  Semoga anda berpuas hati !