SEJARAH PENUBUHAN SM SAINS HULU TERENGGANU

 

 

            Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terletak 5 km dari pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tapak asal sekolah ini adalah padang rumput Jabatan Veterinar dengan keluasan sekolah ialah 40 ekar (27 ekar telah dibangunkan dan 13 ekar tanah yang masih belum dibangunkan). Sekolah ini diserahkan oleh syarikat kontraktor pembinaan AZRB dan JBS kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 Oktober 2010. Bangunan SAHUT terdiri daripada 6 blok iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pusat Sumber, Blok Makmal/Bengkel, Blok Kelas dan 2 blok asrama. SAHUT mula beroperasi pada 1 November 2010 (1.11.10) yang diterajui oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohamad Rafi bin Omar sebagai 'Care Taker'.

 

             Pada peringkat awal,  Guru Penolong Kanan Pentadbiran dibantu oleh dua orang penolong kanan iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En. Megat Abdul Karim bin Megat Hussain dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Aimin Fadhlee bin Mahmud Zuhodi. Selain itu seramai 28 orang guru dan 8 orang kakitangan.

 

               Ketika mula beroperasi SAHUT hanya membuka tiga tingkatan iaitu tingkatan 2 yang mula mendaftar pada 1 Januari 2011 diikuti murid tingkatan 1 pada 5 Januari 2011 dan SAHUT menerima murid tingkatan 4 pada 7 Februari 2011. Pada peringkat permulaan hanya 16 kelas sahaja dibuka iaitu lima kelas tingkatan 1, empat kelas tingkatan 2 dan tujuh kelas tingkatan 4. Sekolah ini dapat memuatkan seramai 900 orang murid.

 

 

PELAN SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU

 
 

Berita & Peristiwa

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI ZON C 2017

 

 Kami warga SAHUT mengucapkan selamat datang kepada semua kontijen SBP Zon Timur dari Terengganu, Kelantan, Pahang & Johor. Semoga anda semua berpuashati dengan layanan kami.

 Tarikh :

11 Mac 2017

Jam :

8.30 ptg

Tempat :

Bilik Khas & Kelas

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 LAWATAN BERMAKLUMAT KE INDONESIA

 

3 orang guru pengiring dan 30 pelajar mengikuti lawatan ke Pulau Karimun, Riau, Indonesia . Lawatan ini bermula 9 - 11 Mac 2017 yang bertujuan untuk berkolaborasi  dengan sekolah disana dan mengeratkan silaturrahim sesama rumpun bangsa yang sama dengan semangat ASEAN.

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  

 

 

 

 

 

Countdown SPM

Time passed:
1
1
Days
2
3
Hours
5
5
Minutes
2
0
Seconds
TIME IS GOLD

Waktu

Waktu Solat

Pelawat

1.png4.png2.png0.png4.png7.png
Today57
Yesterday92
This week596
This month1880
Total142047

Who Is Online

2
Online

Saturday, 18 November 2017 12:14
Powered by CoalaWeb